Megatasai Ketakutan Dalam Kerugian Wang
Tiada siapa dalam dunia ini tidak pernah rugi dalam keewangan.contoh
paling mudah,hendak menanam sayur,ilmu menanam sayur perlu ada sebelum lakukan
kerja untuk menanam.kalau berdasarkan buah fikiran nak buat ni, nak buat tu
tanpa ilmu anda akan mengalami kerugian yang besar tanpa kita sedari.
Begitu juga dengan pelaburan.pelaburan ini bermacam-macam
jenis.ada pelabuaran yang selamat,ada yang menjanjikan keuntungan semata- mata
tanpa beritahu dengan jelas risikonya.labur banyak ni, bulan depan dapat modal
dah .pelaburan scam jenis ini pasti sudah ramai yang terpedaya dengan janji
kosong mereka dan akhirnya makan diri sendiri.
Tiada siapa yang suka dengan kerugian wang dalam pelaburan.orang
yang tidak pernah rugi adalah dikalangan orang yang tidak pernah melabur itu pasti.semua
ada perasaan takut mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk pelaburan.
Bezanya ialah bagaimana kita hendak mengedalikan perasaan
takut dan rasa kehilangan itu.perbezaan utama orang kaya dengan orang miskin
bagaimana mereka menguruskan perasaan takut.perasaan takut memang wujud dalam
diri manusia tetapi tidak tahu untuk mengendalikannya.
Satu cara untuk mengatasinya bermula dengan awal dan
membenarkan kuasa faedah berganda bekerja untuk kita contoh ada perbezaan
antara menabung bermula pada umur 13 tahun dan menabung berumur 20 tahun,tapi masalah
yang timbul,bagaimana sekiranya kta tidak mempunyai banyak masa yang tinggal?
Kemenangan diikuti dengan kekalahan,tidak ada orang kaya
yang tidak pernah kehilangan wang .tetapi mereka tidak membiarkan ketakutan itu
mengeluarkan diri mereka dalam permainan itu.bagi pemenang kekalahan memberi inspirasi
kepada mereka.bagi orang yang kalah ,kekalahan akan menghancurkan mereka.
Bahawa ketahuilah kebanyakkan orang yang Berjaya dalam pelaburan
atau dalam kerjaya mereka pasti telah lalui segala kekalahan dalam diri
mereka.hanya kita sahaja yang tidak tahu begitu pahitnya jalan yang mereka
lalui.jadi kenapa anda takut untuk menempuh kegagalan?,kerana kagagalan pasti
ada kejayaan dihadapan.takut pada kegagalan tidak bermakna kita membenci pada
kegagalan.
Kebanyakkan orang bermain supaya tidak kalah,sedangkan
mereka sepatutnya bermain untuk menang.itu sebabnya ramai orang mengalami
masalah keewangan.masalah keewangan ini akan berpanjangan walaupun kita sedaya
upaya bekerja keras hanya demi wang.
Mereka mungkin ada portfolio(pelaburan) yang selamatdan
seimbang,tetapi ia bukanya portfolio
yang menang.mereka bermain supaya tidak kalah.jika mereka menang hanya la
menang kecil sahaja tidak membantu untuk menang lebih besar.
Ini bukan berkenaan bagaimana pelabur Berjaya bermain
permainan itu tetapi ia memerlukan keberanian dan sikap yang betul terhadap kegagalan.untuk
membina kolum aset yang kukuh tidak memerlukan matematik yang sukar dan mempunyai
mindset yang tidak takut kepada kegagalan.

Comments
Post a Comment